Intip suami curang

beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
By Habib Toumi, Bahrain Bureau Chief
Manama: Terdapat sebilangan isteri-isteri warga Qatar mengintip suami mereka dengan menggunakan gajet canggih, lapor akhbar Qatar.
Wanita-wanita itu memerangkap suami mereka dengan menyerahkan gajet intipan, seperti kamera yang tersembunyi di dalam pen dan pemetik api, sebagai hadiah.
Bagi yang gagal untuk membuatkan suami mereka menerima “hadiah” seperti itu, mereka meletakkannya di sudut yang sesuai di dalam kereta suami, lapor akhbar Al Sharq dan The Peninsula.
Laporan tersebut dibuat berdasarkan temubual dengan “beberapa orang wanita yang berkata bahawa teman atau rakan sekerja mereka mengaku mengintip suami mereka kerana mengesyaki telah di tipu.”
